Singapura meluluskan import telur ayam dari Brunei sebagai usaha menambah bekalan sumber makanan dalam negara.<br /><br />Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan kelulusan itu dibuat selepas lawatan rasmi tiga hari Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Grace Fu ke brunei bermula 13 Disember.